Dalam kajian pengurusan bilik darjah, kami telah mengumpulkan maklumat dan
data daripada tiga jenis sekolah yang berbeza, iaitu Sekolah Menengah
Persendirian, Sekolah Menengah Kebangsaan, dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Dengan
ini, maklumat yang diperolehi telah disusun mengikut dua bahagian dan bahagian
ini akan menjelaskan perbezaan antara bilangan kelas menengah
rendah dan atas di sekolah, pembahagian pelajar di kelas, kebaikan dan
keburukan tentang pembahagian kelas, perancangan pelaksanaan sistem pengajaran
pada masa depan, dan penentuan jadual bertugas.
Sekolah A
|
Sekolah B
|
Sekolah C
|
|
Perbezaan
antara bilangan kelas menengah rendah dan atas di sekolah
|
Setiap
kelas menpunyai seramai 30 orang murid. Bagi bilangan kelas menengah rendah (3 tingkatan) adalah 6 kelas dan
bilangan kelas menengah atas (3 tingkatan) adalah 9 kelas
|
Bilangan
kelas menengah rendah lebih kurang berbanding dengan menengah atas iaitu
menengah rendah ada 5 kelas dan menegah atas ada 7 hingga 8 kelas.
|
Setiap darjah mempunyai 3
kelas, satu kelas mempunyai sebanyak 20 hingga 30 murid.
|
Kesimpulan:
Berdasarkan jadual, didapati bahawa ketiga-tiga
sekolah ini mempunyai bilangan kelas yang mencukupi bagi memenuhi jumlah murid
yang banyak iaitu Sekolah A mempunyai 15 kelas, Sekolah B mempunyai 12 hingga
13 kelas dan Sekolah C mempunyai 18 kelas.
Sekolah A
|
Sekolah B
|
Sekolah C
|
|
Pembahagian
pelajar di kelas
|
Kelas
dibahagikan mengikut kebolehan akademik, kokurikulum serta minat pelajar (
pelajar tingkatan 1 dibahagi mengikut keputusan UPSR, dan pelajar tingkatan 4
dibahagi mengikut keputusan UEC )
|
Kelas
dibahagikan mengikut kebolehan akademik pelajar ( Pelajar tingkatan 1
dibahagi mengikut keputusan UPSR, dan pelajar tingkatan 4 dibahagi mengikut
keputusan PT3).
|
Pelajar
diagih oleh pihak sekolah secara rawak dan bukan mengikut keputusan
peperiksaan atau pencapaian kurikulum mereka.
|
Kesimpulan:
Berdasarkan jadual, didapati bahawa terdapat sedikit
perbezaan dalam pembahagian pelajar di ketiga-tiga buah sekolah ini .
Contohnya, Sekolah A membahagikan pelajar mengikut kebolehan
akademik, markah kokurikulum dan minat mereka. Sekolah B membahagikan pelajar
berdasarkan pencapaian akademik mereka. Manakala Sekolah C pula membahagikan
pelajar secara rawak.
Sekolah A
|
Sekolah B
|
Sekolah C
|
|
Kebaikan
dan keburukan tentang pembahagian kelas
|
Kebaikannya
ialah murid akan berusaha untuk mencapai impian mereka. Manakala keburukannya
ialah guru kelas berasa sukar dalam pengajaran kerana kebolehan semua murid
tidak sama.
|
Kebaikannya
ialah guru tidak menghadapi masalah terhadap perbezaan tahap kognitif murid
yang ketara, dan persaingan yang sihat dapat diwujudkan dalam kalangan murid.
Manakala keburukannya ialah akan mewujudkan perbandingan antara kelas
|
Kebaikannya
ialah pelajar yang lebih pandai dapat membimbing pelajar yang kurang pandai.
Manakala keburukannya ialah pelajar akan bersembang sekiranya diatur untuk
duduk dengan kawan yang lebih rapat walaupun kebolehan akademik mereka tidak
sama.
|
Kesimpulan:
Berdasarkan
jadual, terdapat kebaikan dan keburukan pembahagian kelas di ketiga-tiga buah
sekolah tersebut. Sebagai contoh, kebaikan pembahagian kelas di Sekolah A
adalah murid akan berusaha untuk mencapai impian mereka. Manakala keburukannya
ialah guru kelas akan berasa sukar dalam pengajaran kerana kebolehan semua
murid tidak sama. Bagi Sekolah B, kebaikan pembahagian kelas adalah guru tidak
menghadapi masalah terhadap perbezaan tahap kognitif murid yang ketara.
Manakala keburukannya ialah akan mewujudkan perbandingan antara kelas. Bagi Sekolah
C pula, kebaikan pembahagian kelas adalah pelajar yang pandai dapat membimbing
pelajar yang kurang pandai. Manakala keburukannya ialah pelajar akan bersembang
sekiranya diatur untuk duduk dengan kawan yang lebih rapat walaupun kebolehan
akademik mereka tidak sama.
Sekolah A
|
Sekolah B
|
Sekolah C
|
|
Perancangan
pelaksanaan sistem pengajaran pada masa depan
|
30%
lawatan sambil belajar dan kelas bahasa asing akan dijalankan, serta subjek
elektif juga akan disediakan kepada pelajar (subjek elektif tidak perlu
menjalankan peperiksaan)
|
Pihak
sekolah akan mementingkan pencapaian dan perkembangan kokurikulum pelajar,
dan mengalakkan pelajar menyertai aktiviti atau persembahan yang disediakan.
Pihak sekolah akan menyediakan peluang untuk berkomunikasi dengan sekolah
lain agar dapat membantu akademik mereka.
|
Pihak
sekolah lebih mementingkan subjek seni, muzik, dan pendidikan jasmani, supaya
murid dapat berkembang dengan seimbang. Pihak sekolah juga akan menyediakan
guru penyayang kepada murid dajar 6, supaya dapat bantuan atas kesukaran
akademik mereka.
|
Kesimpulan:
Berdasarkan
jadual, ketiga-tiga buah sekolah ini mempunyai perancangan pelaksanaan sistem
pengajaran yang berbeza. Dalam hal ini, Perancangan pelaksanaan sistem
pengajaran pada masa depan bagi Sekolah A adalah 30% lawatan sambil belajar dan
kelas bahasa asing akan dijalankan. Perancangan pelaksanaan sistem pengajaran
pada masa depan bagi Sekolah B adalah akan mementingkan pencapaian dan
perkembangan kokurikulum pelajar, dan mengalakkan pelajar menyertai pelbagai
aktiviti. Bagi Sekolah C pula, perancangan pelaksanaan sistem pengajaran pada
masa depan mereka adalah akan lebih mementingkan subjek seni, muzik, dan
pendidikan jasmani, supaya murid dapat berkembang dengan seimbang.
Sekolah A
|
Sekolah B
|
Sekolah C
|
|
Penentuan
jadual bertugas
|
Ditentukan
secara demokratik, tetapi akhirnya keputusan akan ditentu oleh guru kelas. (
kriteria permarkahan pertandingan kerbersihan kelas adalah sama.)
|
Jadual bertugas ditentukan oleh guru kelas
secara rawak
|
Jadual
bertugas disusun oleh guru.
|
Kesimpulan:
Berdasarkan jadual, penentuan jadual bertugas di
Sekolah A,B dan C adalah tidak sama. Sekolah A menentukan jadual bertugas secara
demokratik, tetapi keputusan akhirnya akan ditentu oleh guru kelas. Sekolah B
pula guru akan menentukan jadual bertugas secara rawak dan akhirnya penentuan
jadual bertugas bagi Sekolah C adalah ditentukan oleh guru mereka.
没有评论:
发表评论